Tujuan Dan Kepentingan Pendidikan Sains Awal
Tujuan Pendidikan Sains Awal
- Membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanak-kanak
- mengembangkan sikap ingin tahu dan minat tentang dunia di sekeliling mereka.
- mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
- berinteraksi dan berkongsi maklumat serta menyelesaikan masalah.
- Memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan, kesan dan akibat
- Membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni
- Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran saintifik dan berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sistematik dalam membuat penaakulan
Kepentingan Pendidikan Awal Sains Kanak-Kanak
- Mengembangkan bahasa dan kefahaman serta meningkatkan kosa kata
- Menyumbang dalam perkembangan intelek kanak-kanak
- Meningkatkan gaya ingatan dan kebolehan mengelaskan sesuatu
- Mengukuhkan perkembangan sosial dan emosi semasa menjalankan proses sains dalam kumpulan dan meningkatkan keyakinan diri
- Penglibatan kanak-kanak dalam penerokaan, penemuan sesuatu yang baru dan penyelesaian masalah dalam sesuatu yang menyeronokkan
Comments
Post a Comment