Sains Awal Kanak-Kanak

Definisi Sains Awal

Sains awal menekankan pembentukan sikap dan penguasaan kemahiran proses sains melalui penyiasatan terhadap alam hidupan, alam bahan dan alam fizikal.

Menurut Abrusco(1982), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semulajadi. Sains juga merupakan pengetahuan yang diperoleh melalui aplikasi proses saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling.

Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kreatif, analitis dan sistematik. Proses pendidikan awal sains kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. Justeru aktiviti-aktiviti yang dirancang perlulah bercorak 'hands-on' yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi.

Dalam pendidikan awal kanak-kanak, proses sains adalah suatu pembelajaran yang dapat menggalakkan minat, ingin tahu, meneroka persekitaran, meramal, mengelas, memerhati, menjalankan ujikaji dan membuat inferens. Dengan bantuan orang dewasa, kanak-kanak mampu memahami dan menggunakan taakulan saintifik yang merangkumi perancangan, membuat ramalan, memerhati dan menyediakan laporan.








Comments

Popular Posts